Monday, 9 May 2011

BANTU ANAK MEMILIH BUKU

Kita boleh menggunakan kaedah 'Lima Jari' atau 'Five Finger' untuk membantu anak-anak kecil memilih buku yang sesuai. Kaedah ini boleh mengelakkan anak-anak yang memilih buku dengan penuh minat membaca berasa kecewa kerana buku tersebut samada 'terlalu mudah' atau 'terlalu susah'.

Kaedah ini boleh difahami dan dilakukan sendiri oleh anak-anak. Ajarkan mereka langkah berikut:
1. Buka buku dan pilih muka surat secara rambang;
2. Mulakan membaca;
3. Apabila anak anda menemui perkataan yang tidak difahami, naikkan satu jari; dan
4. Apabila anak anda selesai membaca lembaran tersebut, kira bilangan jari yang dinaikkan. 

Petunjuk, sekiranya bilangan jari yang dinaikkan:
0-1 jari - buku tersebut terlalu mudah.
2-3 jari - buku tersebut adalah sesuai.
4-5 jari - buku tersebut telalu susah; pilihlah buku lain.

Untuk memastikan keberkesanan kaedah ini, cuba ulangi langkah di atas terhadap dua lambaran lain dalam buku yang sama. Baca lebih banyak disini untuk membantu anak-anak membaca.

No comments:

Post a Comment